GLOBALISASI
Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ustaz Mohd. Lutfi Solehan
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussein Onn Malay
DEFINISI DAKWAH
Darisegi bahasa
"Dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
Dari segi istilah
Rangkaian perkataan "dakwah islamiyyah" sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran, pengembangan dan pemahaman Islam sebagai al-din yang diamalkan dan diterima pakai.
KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH
Hukum berdakwah terbahagi kepada dua, iaitu fardu Ain dan fardu Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu.
Antara hadis yang mengungkapkan tentang kewajiban tersebut ialah:
Sabda nabi SAW, "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka
hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya,
apabila tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".
Hadith riwayat Muslim.
Sabda nabi SAW, "Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat". Hadith riwayat Al bukhari.
ANTARA YANG PERLU ADA DALAM BERDAKWAH IALAH(Rukun Dakwah):
1. Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah
2. Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah
4. Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah
Sabda nabi SAW, "Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat". Hadith riwayat Al bukhari.
ANTARA YANG PERLU ADA DALAM BERDAKWAH IALAH(Rukun Dakwah):
1. Maudhu' al - Da'wah / Topik utama dakwah
2. Al - Qaim bi al - Da'wah (Al - Da'ie) / Para Pendakwah
3. Al-Orang yang menerima dakwah/Penerima dakwah.
4. Uslub Al-Da'wah/ Pendekatan dalam berdakwah
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
DEFINISI ICT
ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan.Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemproesesandan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.
KESAN ICT DALAM DAKWAH
POSITIF
Kehadiran teknologi multimedia adalah anugerah istimewa kepada dunia dakwah. Tugas berdakwah menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media.Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.
NEGATIF
- PENGARUHBUDAYA ASING
- MENJEJASKAN KESIHATAN
- KESAHIHAN MAKL UMAT
- PELAYARAN WEB NEGATIF.
- PENYEBARAN FITNAH DAN GOSSIP
Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
KESIMPULAN
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin supaya maklumat yang diterima tidak terpesong. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden di kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.
Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada golongan sasaran. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah diusahakan.
No comments:
Post a Comment