Creative Common adalah salah satu organisasi yang menyediakan dan menawarkan beberapa lesen hak cipta secara percuma untuk pemilik asal/pencipta dalam usaha untuk menjaga hak cipta pemilik tersebut terhadap kandungan yang diasaskan oleh mereka sendiri. Melalui pilihan perlesenan yang disediakan oleh Creative Common, ia membolehkan pencipta sesuatu kandungan tersebut berkongsi hasil kerje mereka seperti gambar,video,grafik,teks,dan sebagainya untuk kegunaan sesiapa sahaja yang menghendakinya dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal/pencipta tersebut. Sekaligus dalam masa yang sama lesen-lesen ini akan memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak bole dilakukan berkaitan dengan kerja tersebut yang telah di hak ciptakan.
Penggunaan CC ini diutamakan bagi kerja-kerja yang dipamerkan di internet dalam sebarang bentuk seperti rakaman video,audivisual,musik,imej,teks,atau rekaan interaktif.
Untuk keterangan lanjut tentang Creative Common ini,boleh merujuk pada video ini ya daripada You Tube mengenai apa itu Creative Common Liecence untuk mendapatkan lebih pemahaman yang lebih jelas.
Jenis-jenis creative common liecense
- Attribution
- Attribution Share Alike
- Attribution No Derivatives
- Attribution Non-Commercial
- Attribution Non-Commercial Share Alike
- Attribution Non-commercial No Derivatives
BAGAIMANA CREATIVE COMMON LICENSE MEMBANTU KITA?
Berkongsi dan membina sesuatu kerja yang telah dibuat dengan menerbitkannya di bawah lesen Creative Commons.
Kemudahan pencarian konten terbuka adalah fungsi yang penting. Anda dapat menggunakan Google untuk memberi konten Creative Commons,mencari gambar di Flickr,mencari album di jamendo,dan mencari media secara umum di spinxpress.
hal ini adalah sesuatu yang dapat dipahami oleh pencipta,dan bahkan oleh web.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan,apakah itu Creative Common dapatlah disimpulkan bahawa Creative Common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaanya untuk menjaga hasil karya si pencipta dan memberitahu dunia apa yang boeh dan yang tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.
Bagi mereka yang gemar dan aktif berkongsi gambar,video,dan pelbagai karya lain di arena internet seperti anda ingin berkongsi kandungan hasil karya anda di youtube,Flickr dan lain-lain lagi,mungkin anda boleh memilih lesen yang sesuai untuk melesenkan karya anda hari ini!
Beribu terimakasih kepada Amanz.my kerana sudi menulis artikal ini. Sedikit sebanyak dapatlah membantu saya membuat rujukan untuk menyiapkan tugasan saya.

SUMBER:
1. creativecommon.orang
2. amanz.my
No comments:
Post a Comment